di isi dengan
belajar serta bercinta mengenal alam
sambil menambah ilmu pengetahuan
piramid dan firaun
dari asrama penginapan
kami bertolak ke Giza
bersebelahan kota kaherah
yang mana terletaknya
piramid Kufu , Khafre dan Menkaure
kabus yang tebal
sukar untuk melihat piramid
di sebabkan cuaca yang sejuk
serta kabus yang tebal
gambar piramid tak dapat di ambil dengan jelas
terpaksa mencari angle yang sesuai
menurut sejarah
piramid kufu di bina pada tahun 2560 SM
dan siap sepenuhnya 20 tahun selepas itu
yakni pada tahun 2580 SM
yang direka bentuk oleh Hemon
saudara Kufu ( firaun Kufu )
piramid Kufu dari pandangan sudut
saat melihat piramid
hati bertanya dan akal berfikir
" berapa juta manusia menjadi korban
untuk membina piramid nie "
" teknologi apa yang mereka guna
untuk menganggkat bongkah sebesar ini
sehinggakan firaun menggelar dirinya
adalah Tuhan "
astagfirullah...
dari pandangan bawah
masha Allah ..
besar bongkah yang di guna
sehingga sekarang ini
para saintis tidak dapat mencari jawapan yang tepat
tentang piramid ciptaan para firaun
tetapi ...
disebalik semua ciptaan manusia
tak ada satu pun yang boleh melawan
ciptaan Allah
piramid untuk permaisuri firaun
tak tahu nama apa
kikiki
kalau ada raja mesti ada permaisuri kanso...
di sekitar piramid yang besar
akan ada piramid kecil
untuk permaisuri firaun..
inilah panoramanya
pelbagai aksi dan gaya dapat kita buat
p/s : berkabus sangat ..
agak kecewa la juga
(!_!)
yang di kenali sebagai panorama
padanya
kita boleh lihat ketiga - tiga piramid
kalau pandai cari angel
kita akan dapat gaya yang cantik
musrif yang tolong ambilkan
berlatarbelakang ketiga - tiga piramid
sphinx or abu hul
sphinx ...berkepala firaun dan berbadan singa
menurut kepercayaan dahulu
sekiranya firaun itu mati
dia akan menjelma dalam bentuk binatang
entah betul entah tidak ..
al - kisah
salah satu bahu sphinx
jatuh menyembah bumi bertepatan
pada hari menteri kewangan
pada zaman hosni mubarak meletak jawatan
perghhhhhh ...
nak katanya
bertapa berkuasanya firaun..
tapi ...
tetap tidak sama sekali boleh melawan kuasa Allah
dari giza
kami bertolak ke Saqqara
piramid yang paling tertua antara piramid di Mesir
dan tak ramai pelajar Malaysia yang tahu tempat nie
Saqqara
kami datang !!
alhamdulillah ada musrif yang sporting
sudi bawa kami ke situkikiki
bentuk piramid saqqara
bertingkat - tingkat
lain dari yang lain
momen apa tah ..
cantik dan lawa
SubahanAllah
kalau pandai cuba baca ??
elok sampai di saqqara
bateri kamera habis
memang spoil sungguh
gambar hanya yang sempat je ambil
yang lain
kira KAS
keep and save
menggunakan pancaindera
kurniaan Allah
di sekitar piramid saqqara
terdapat perkuburan panglima - panglima firaun
lebih kurang nak balas jasa la
huhuhu
dari Saqqara
kami ke satu lagi piramid
namanya Dahshur
hanya piramid Saqqara dan Dahshur sahaja
yang boleh kami masuk
untuk lihat tempat firaun tu .
kalau piramid Kufu mahal giler
masuk kawasan 30 LE
masuk dalam piramid 60 LE
buat bazir duit je ..
kerana piramid Dahshur lah
kami berempat sakit kaki 4 hari berturut - turut
memang serik
(!_!)
( kalau orang belanja tak serik nak pi )
jalan serupa anak kingkong dah gaya
naik tangga tak pa
tapi ..
turun tangga tu la yang menyeksakan
fobia tengok tangga
huhuhu
p/s : gambar di Saqqra dan Dahshur ada dalam kamera kodak musrif ...kena tunggu musrif cuci baru boleh masukkan .