Saturday, February 18, 2012

memberi vs menerima

tak ramai di kalangan kita
yang suka memberi
tapi
ramai di kalangan kita
suka menerima
termasuk diri ini
( muhasabah kembali )

dari pandangan mata kita
memberi itu merugikan
dari menerima

tapi
dari pandangan Allah
memberi itu lebih bernilai dan bermakna
dari menerima
kerana apa ??

kerana
Allah itu Al - Wahhab
( maha memberi )

Allah memberi kepada kita rezeki
Allah memberi kepada kita sihat tubuh badan
Allah memberi kepada kita akal yang sempurna
Allah memberi kepada kita nikmat iman dan juga islam
Allah memberi apa yang kita pinta
semua yang allah beri kepada kita
tanda kasih dan sayangnya
Allah kepada kita

tapi ...
kita sebagai hamba-Nya
apa yang kita beri kepada Allah ???

ayah memberi kasih kepada isteri dan anak-anaknya
ibu memberi sayang kepada suami dan anak-anaknya
anak-anak memberi ketaatan kepada ibu dan ayah

kasih sayang adalah buah Iman
iman dan kasih sayang lazim berlaziman
siapa yang kukuh imannya
maka teguhlah kasih sayangnya

memberilah dengan kasih sayang
bukan menerima ...


 putih untuk mama dan baba
pink untuk family
purple untuk dia
kuning untuk kamu 

aku berikan kasih dan sayang aku kepada kalian
kerana Allah (^-^)

 

winter break - part iii

dari haiyyun sabie'
kami bertolak ke sayyidah aisyah

xpdc ini diteruskan
dengan menjelajah
kubu atau benteng salahuddin al-ayubi
di kota kaherah
yang terletak di atas bukit Muqattam
atau dalam bahasa arabnya
" jabal Muqattam "

jauhnya nak menapak
kubu ! aku datang
 
idea pembinaan kubu ini
di cetus oleh sultan salahuddin sendiri
kerana kota kaherah yang begitu luas
dan terdedah kepada bahaya dan serangan musuh .
pembinaannya bermula pada tahun 1176M

dalam kubu ini juga terdapat saliran air dari sungai Nil
untuk kegunaan tentera pada masa itu.
terdapat beberapa pintu utama
untuk memasuki kubu ini
antaranya pintu Fath , pintu Nasr
pintu Khalk dan pintu Luq


masjid sultan Ali basha
 terdapat 10 kubah padanya
di dalam kubu ini
terdapat 3 buah masjid
serta muzium polis , muzium permata
dan muzium tentera

di bahagian utara kubu ini
terdapat masjid sultan Ali Basha .
masjid yang di bina oleh arketik dari Turkey
dan menyerupai masjid Biru di Turkey

jam dari kerajaan Perancis
terletak di dalam 
masjid sultan Ali basha
 
di dalam masjid sultan Ali Basha
terdapat jam besar

jam tersebut di kirim oleh presiden Perancis
kepada Hosni Mubarak
dalam perjalanan penghantaran
jam tersebut rosak .
sebagai tanda kenangan dari Perancis
jam tersebut di letak jua
walaupun rosak.

mari melihat view
dari sini
~ musrif yang sporting
kiki =)
 
dari atas kubu
pemandangan seluruh kota kaherah dapat di lihat
tapi ..
cuaca pada hari tersebut berkabus
dan mendung .
jadinya ..
gambar kurang memuaskan
sedih la juga ..

tanda kenangan kami dah sampai
~ muzium polis


masjid 4 mazhab
or
masjid sultan Hassan
 
dari atas kubu
kita dapat lihat pemandanagn di sekitarnya
antaranya masjid Sultan Hasan
atau di kenali Masjid 4 Mazhab

di kenali sebagai masjid 4 mazhab
kerana ,
di dalam masjid tersebut terdapat
4 pintu untuk kegunaan
ke empat-empat mazhab
seperti mazhab Syafie' , Maliki ,
Hambali dan Hanafi.

 penjara yang digunakan
~ seram dan ngeri tengok

di dalam muzium polis
terdapat penjara
yang di gunakan pada zaman tersebut

muzium tentera
kami dah masuk dan lihat
anda bila lagi ???
 

selain muzium polis ,
muzium tentera juga ada di dalam kubu ini
pelbagai peralatan dan replika peperangan
ada di dalam muzium ini.
dari sekecil-kecil  bom tangan
sehinggalah sebesar-besar jet perjuang
yang di gunakan oleh tentera di sini


 " ini meriam aku "
" kite nak yang nie "
" dia tulis apa nie "
ok ... aku yang ambilkan gambar
korang..
haha



the best soldier
~ aku tiru yang nie
nampak comel
hahaha

 
dari kubu kami bergerak ke
taman azhar atau azhar park
atau hadiqah azhar ..

p/s : moga allah merapatkan ukuwah sesama kami ... insha allah

 


Friday, February 10, 2012

winter break - part ii

cuti kali nie
di isi dengan
belajar serta bercinta mengenal alam
sambil menambah ilmu pengetahuan

piramid dan firaun

dari asrama penginapan
kami bertolak ke Giza
bersebelahan kota kaherah
yang mana terletaknya
piramid Kufu , Khafre dan Menkaure




kabus yang tebal
sukar untuk melihat piramid
di sebabkan cuaca yang sejuk
serta kabus yang tebal
gambar piramid tak dapat di ambil dengan jelas
terpaksa mencari angle yang sesuai

menurut sejarah
piramid kufu di bina pada tahun 2560 SM
dan siap sepenuhnya 20 tahun selepas itu
yakni pada tahun 2580 SM
yang direka bentuk oleh Hemon
saudara Kufu ( firaun Kufu )


piramid Kufu dari pandangan sudut
saat melihat piramid
hati bertanya dan akal berfikir
" berapa juta manusia menjadi korban
untuk membina piramid nie "
" teknologi apa yang mereka guna 
untuk menganggkat bongkah sebesar ini
sehinggakan firaun menggelar dirinya
adalah Tuhan "
astagfirullah...

dari pandangan bawah
masha Allah ..
besar bongkah yang di guna
sehingga sekarang ini
para saintis tidak dapat mencari jawapan yang tepat
tentang piramid ciptaan para firaun 
tetapi ...
disebalik semua ciptaan manusia
tak ada satu pun yang boleh melawan 
ciptaan Allah

piramid untuk permaisuri firaun
tak tahu nama apa
kikiki
kalau ada raja mesti ada permaisuri kan
so...
di sekitar piramid yang besar
akan ada piramid kecil
untuk permaisuri firaun..

 inilah panoramanya
pelbagai aksi dan gaya dapat kita buat
p/s : berkabus sangat ..
agak kecewa la juga 
(!_!)

di sini juga ada tempat
yang di kenali sebagai panorama
padanya
kita boleh lihat ketiga - tiga piramid

kalau pandai cari angel
kita akan dapat gaya yang cantik

musrif yang tolong ambilkan
berlatarbelakang ketiga - tiga piramid

sphinx or abu hul
sphinx ...
berkepala firaun dan berbadan singa

menurut kepercayaan dahulu
sekiranya firaun itu mati
dia akan menjelma dalam bentuk binatang
entah betul entah tidak ..

al - kisah
salah satu bahu sphinx
jatuh menyembah bumi bertepatan
pada hari menteri kewangan
pada zaman hosni mubarak meletak jawatan

perghhhhhh ...
nak katanya
bertapa berkuasanya firaun..
tapi ...
tetap tidak sama sekali boleh melawan kuasa Allah

dari giza
kami bertolak ke Saqqara
piramid yang paling tertua antara piramid di Mesir
dan tak ramai pelajar Malaysia yang tahu tempat nie


Saqqara
kami datang !!
alhamdulillah ada musrif yang sporting
sudi bawa kami ke situ
kikiki

bentuk piramid saqqara
bertingkat - tingkat
lain dari yang lain


momen apa tah ..
cantik dan lawa
SubahanAllah
 

kalau pandai cuba baca ??

 
elok sampai di saqqara
bateri kamera habis
memang spoil sungguh
gambar hanya yang sempat je ambil
yang lain
kira KAS
keep and save
menggunakan pancaindera
kurniaan Allah


di sekitar piramid saqqara
terdapat perkuburan panglima - panglima firaun
lebih kurang nak balas jasa la
huhuhu

dari Saqqara
kami ke satu lagi piramid
namanya Dahshur

hanya piramid Saqqara dan Dahshur sahaja 
yang boleh kami masuk
untuk lihat tempat firaun tu .

kalau piramid Kufu mahal giler
masuk kawasan 30 LE
masuk dalam piramid 60 LE
buat bazir duit je ..

kerana piramid Dahshur lah
kami berempat sakit kaki 4 hari berturut - turut
memang serik
(!_!)
( kalau orang belanja tak serik nak pi )

jalan serupa anak kingkong dah gaya
naik tangga tak pa
tapi ..
turun tangga tu la yang menyeksakan
fobia tengok tangga
huhuhu

p/s : gambar di Saqqra dan Dahshur ada dalam kamera kodak musrif ...kena tunggu musrif cuci baru boleh masukkan .

Thursday, February 02, 2012

winter break - part i

alhamdulillah
winter break kali ini
di rasmikan dengan acara
celebrate hari tua kakak sawa matang sulong
yang di puterikan pada
26 januari

so..
dengan ini
kakak sawa matang sudah masuk usia
23 tahun
molek dah nak jadi permaisuri orang pun
kikiki

 kakak besar
hajar atiqah mohd noor
birthday girl nur barakah
:p


 hand made by kakak kecik
siti aisyah hamzah
pesttttt..budak yang pakar buat kek cokelat
hehe


 hias kek by kakak hujung
mastura md sharif
lawa kan ??

p/s : e-cah ckp kek van tremco kawin
coz warna dia yang cute
ho ho ho


 kakak besar , kakak hujung ,
kakak kecik dan kakak tengah
jakun dengan ballon
hua hua hua

thanks to kak raudah coz snap pic nie


makanan birthday kakak besar
ada macam-macam
kenyang sungguh
alhamdulillah
:)


 celebrate di san stifano
tempat lepak macam biasa 
malam 28 hb
~ngeeeeeee


 tengok atas
jangan sampai tak boleh tunduk sudah
winter kali nie dengan snow cap
coz terlalu sejuk sampai ke tulang hitam
nyaris-nyaris nak sakit kepala
holaaaaaaaa


 hadiah untuk kakak besar
bear pink yang comel
kakak hujung yang pilih kan
kekeke
=P

 gaya anak pirana makan
serupa orang kebuluran

kakak besar , kakak hujung dan kak raudah
makan KFC
kakak kecik makan nasi ayam macau hok apa tah
tak reti nak sebut dan ingat-ingat lupa
but aku taram buger hardess je..

p/s : menghabiskan masa berchenta dengan kota kargo ke tanah melayu.. memang buat putus fius sungguh..sabar je la kan......