Thursday, March 24, 2011

ops piramid - i

serius yank
baru hari nie , aku ada hati dan perasaan nak coret-coret kisah sepanjang Mesir di ishtiharkan darurat.


27 januari 2011 - 2 hari sebelum mesir di ishtiharkan darurat , aku dan kengkawan sempat lagi pusing-pusing alex. keluar cari barang. dalam erti kata yang lain keluar nak lepas kan tekanan exam.

dengan hajar




mana gi sorang lagi ???




tempat yang kami tuju

28 januari 2011 - sistem komunikasi dan internet di tutup. arahan dari pegawai kedutaan iskandariah di terima. sila kemas barang yang mengandungi benda-benda penting dalam satu beg yang akan di bawa pulang sekiranya di panggil pulang.

29 januari 2011 - darurat di ishtiharkan. perintah berkurung di jalankan dari jam 4 petang sehingga 9 pagi.
pada waktu siang penggunaan musrif di wajibkan. banduan-banduan terlepas di sebabkan penjara dan balai polis di bakar oleh rakyat. supermarket dan hypermarket serta kedai-kedai runcit di rompak oleh banduan.
kuasa polis di hentikan.

30 januari 2011 - menunggu berita dari Malaysia. sistem komunikasi di buka. tetapi sistem internet di tutup. makanan mula di catu. bekalan air dan elektrik mula di hadkan.

31 januari 2011 - pelbagai kabaran berita dari kerajaan malaysia di sampaikan. yang mana satu betol pun tak tahu. keadaan mula gawat. arahan untuk berkumpul di rumah kengkawan yg berdekatan di terima demi keselamatan.

1 februari 2011 - flight penerbangan banyak di tunda. berikutan sempadan antara negeri di kawal oleh tentera. kenderan keluar masuk di soal-selidik demi keselamatan rakyat. status masih lagi menunggu.

2 februari 2011 - arahan untuk berpindah ke negara berdekatan di terima. barang-barang penting untuk di bawa pulang perlu di kemas. hanya 7 kilo sahaja untuk seorang.

4 februari 2011 - berpindah ke asrama MARA di mansiyah.


antara bagasi yang di bawa pulang



sempat lagi  " peace "



aku dan kak mahir



waiting list...


5 februari 2011 - dari bangunan MARA ke lapangan terbang.. operasi membawa keluar pelajar dari Mesir ke Jeddah


dari MARA ke airpot




antara yang menyambut kami =)




menunggu untuk di terbangkan




airpot nuzha pada waktu magrib



nak berlepas ke dalam Charlie



in Charlie


peace =)



Charlie mendarat di airpot Jeddah